Tuesday, May 29, 2012

Tips-Tips Kejayaan Dalam Peperiksaan

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.


1. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: 

o kita ingat 10 % apayang dibaca

o kita ingat 20% apa yang didengar

o kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

o kita ingat 70% apa yang dicakapkan

o kita ingat 90% setelah dipraktikkan

2. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

3. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

Sunday, May 27, 2012

English


Grammar Lessons

IMPORTANT BUILDING BLOCKS OF GRAMMAR

NOUNS
A noun is a word used as the name of a person, place or thing.
Examples: King, Mohan, Sarita, Mumbai, Table

PRONOUNS
A pronoun is a word used instead of a noun.
Examples: He, She, It, They

ARTICLES
The words ‘a’, ‘an’ and ‘the’ are called articles. They are used before nouns.

VERBSA verb is a word that describes an action or occurrence or indicates a state of being.
Examples: He talks to Sameer, She sings a song

ADJECTIVES
An adjective is a word used to describe a noun.
Examples : Beautiful house, Tall man

ADVERBS
An adverb is a word which modifies the meaning of a verb, adjective or another adverb.
Examples: He runs fast,They fought bravely.

PREPOSITIONS
A preposition is a word which shows the relation between the noun or pronoun and other words in the sentence.
Examples: The boy is in the room, The book is on the table.


CONJUNCTIONS 

A conjunction is a word which joins to sentences to complete their meaning.
Examples : They reached the station but it was too late.
               He put on his shoes because he was going for a run.

INTERJECTIONS
An interjection is a word which expresses sudden feeling or emotion.
Examples : Hello!, Alas!, Hurray!, Oh!

Friday, April 20, 2012

Nasi Goreng Pattaya


Bahan-bahan ( 2 -4 orang makan )

  • 1 mangkuk nasi
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 gengam sayur campur
  • 1 ketul dada ayam di hiris nipis
  • 3 biji cili padi/3 sudu cili kering-ikut suka
  • 1 kiub pati ayam
  • Sedikit garam
  • 4 biji telur

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besar,bawang putih dan cili. Masukkan dada ayam yang dihiris nipis, kiub pati ayam,garam dan sayur campur. Gaul semua bahan kemudian masukkan nasi.
  2. Setelah siap nasi goreng, ketepikan.
  3. Pukul telur, campur secubit garam dan buat seperti telur dadar. Tapi jangan terlalu tebal.
  4. As x teror macam abe2 kat gerai tomyam tu...so as masukkan telur dadar ni dlm mangkuk kemudian masukkan nasi goreng tadi dan telangkupkan di pinggan.
  5. Maka, siaplah Nasi Goreng Pataya. Boleh lah di letakkan Sos. Sedap makan ngan tomyam atau sup tulang.
  6. Boleh ulang semula bungkus nasi dengan telur tu. Selamat mencuba...

Saturday, April 14, 2012

Mathematics



Stating & Plotting the coordinates of points

  • When stating the coordinates of a point, the x-coordinate is always written first, followed by the y-coordinate.
  • The x-coordinate of all points on the y-axis is always zero.
  • The y-coordinate of all points on x-axis is zero.
m the x-axis)
(xy) 
x => 
x-coordinate (x units from the y-axis) 
y
 => y-coordinate (y
 units fro

Kemahiran Hidup Teknikal


 Tingkatan 2

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

A.    Faktor reka bentuk :-

1)     Fungsi
    §   berfungsi dengan baik dan memenuhi kehendak pengguna

2)     Rupa Bentuk
    §   mempunyai konsep dan rupa menarik, stabil dan praktikal ketika menggunakannya

3)     Kesesuaian Bahan
    §   menggunakan bahan yang mudah didapati dan mudah dipasang sesuai dengan kos yang perlu dibayar

4)     Ketahanan
    §   Kukuh
    §   Jika digunakan diluar mesti tahan cuaca dan serangan serangga
    §   Tidak mudah rosak

5)     Kos Produk
    §   Berpatutan dengan kos pembuatan dan mampu dibeli dan dimiliki pengguna

6)     Keselamatan
    §   Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap alam sekitar

7)     Nilai Komersial
    §   Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati kehendak pasaran

Geografi


Tingkatan 2 (bab 1)


Sunday, April 8, 2012

Mathematics


Bahasa Malaysia

"MUTIARA BONDA" 

CERPEN KOMSAS TINGKATAN 3 (THE ENDLESS HOPE)

Mohd. Harraz bin Lebai Sidi atau "adik" ialah dugaan besar terhadap kesabaran seorang ibu. Sebagai anak tunggal lelaki yang amat dimanjakan, kerenah adik begitu melampau. Kak Cik tidak mampu menahan tangannya daripada singga ke muka adik (antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 68).

Adik langsung tidak menunjukkan kesungguhan dalam pembelajaran, bahkan bergaul dengan budak liar. Dia pernah menghempas cawan kaca hingga kaki bonda berdarah, gara-gara bonda enggan memberi RM5 seperti yang diminta. Namun, bonda tidak pernah marah, bahkan tetap mendukung adik dari tingkat atas walaupun usia adik sudah 12 tahun.

Apabila adik mahu berhenti sekolah setakat darjah 6, bonda tidak mampu menyekat. malah, usaha kakak kembar dua beradik itu, Kak Long yang belajar di Texas dan Kak Ngah di Monash, Australia juga buntu. Kesabaran Kak Cik terburai setelah adik mengungkit tentang ayah mereka yang meninggal dunia di penjara akibat fitnah.

Bonda tidak kenal putus asa. Bonda hampir selesai membaca ulang surah as-Syahid 297 kali, sedangkan Kak Cik lebih dikuasai jiwa muda yang mahu tindakan lebih keras ke atas adik. Perubahan diri adik bermula setelah dia terlibat dengan kemalangan (muka surat 70).

Adik tiba-tiba mahu menyambung persekolahan. Malah, dia berguru dengan Kak Cik untuk menduduki peperiksaan PMR. Kemudian, adik lulus sekolah pondok hingga 4 Thanawi, di samping SPM, dan tahfiz al-Quran. Adik seterusnya menyambung pengajian di Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik penceritaan: imbas kembali, sudut pandangan orang ketiga, iaitu Kak Cik sebagai pencerita tentang kisah adik.

Tema: Kasih  sayang seorang ibu dalam usaha merealisasikan potensi modal insan anaknya (muka surat 61).

Watak dan perwatakan



"
Saya" / Kak Cik / kakak Mohd Harraz (adik) / pencerita (sudut pandangan orang pertama)
-  prihatin (terhadap susah payah bonda menghadapi kerenah adik)
-  penyayang (membantu adik belajar untuk PMR walaupun sebelumnya geram dengan sikap liar adik)
-  kurang sabar (menampar adik apabila kisah ayah mereka terpenjara diungkit oleh adik)
-  patuh / taat (kepada bonda yang selalu memberi nasihat supaya tidak bertindak melulu kepada adik)
Bonda / ibu Kak Cik dan adik / isteri Lebai Sidi
-  penyayang (tetap tidak merungut walaupun adik berkelakuan kasar)
-  penyabar (tidak pernah berhenti berharap supaya adik berubah sikap)
-  berpandangan jauh / optimis (sentiasa percaya bahawa adik akan berubah jua, maka dia sanggup bersusah payah)
-  tabah (menghadapi fitnah terhadap suami yang dipenjara)
-  cekal / gigih (mendidik anak-anak dengan penuh hikmah dan lemah lembut)
-  tegas (tidak terpengaruh dengan emosi ketika berhadapan dengan tingkah laku adik yang biadab)
Adik / Mohd Harraz / anak bongsu / anak lelaki tunggal Bonda
-  agresif / degil / keras kepala (pada awalnya tidak pernah peduli perasaan bonda dan Kak Cik)
-  berfikiran mentah / tidak matang (terlalu mengikut kata hati / pengaruh buruk / keliru dengan kes bapanya)
-  bijak (berjaya dalam masa yang singkat dengan bantuan Kak Cik, contohnya lulur PMR)
-  sedia berubah (segera meminta maaf daripada bonda selepas peristiwa kemalangan / mahu kembali belajar)
-  rajin (belajar aliran agama sambil mengambil peperiksaan awam biasa dengan bantuan Kak Cik)
-  penyayang (sentiasa mengutus surat kepada bonda ketika belajar di Universiti al-Bayt, Jordan)
-  tegas / tinggi jati diri (tidak menyentuh ganja walaupun pernah bergaul dengan kumpulan itu)
Kak Ngah / kakak kepada Kak Cik dan adik / kembar Kak Long / pelajar Universiti Monash, Australia
-  matang (menyokong cara bonda mendidik adik yang mungkin lambat, tetapi bakal berhasil)
-  pandai memujuk (menenangkan perasaan Kak Cik yang bergelora dek gelagat adik)
Kak Long / kakak kembar Kak Ngah / anak sulung Bonda / pelajar Universiti Southwestern, Texas, Amerika Syarikat
-  matang (cepat memahami cara bonda yang berlembut menghadapi tingkah laku kasar adik) 

Latar masyarakat
:  masyarakat ibu tunggal
                          :  masyarakat anak yatim
                          :  masyarakat pelajar sekolah / universiti
                          :  masyarakat yang prihatin
                          :  masyarakat yang sabar / tabah
                          :  masyarakat yang cekal / gigih / rajin
                          :  masyarakat yang menjadi mangsa fitnah (Lebai Sidi / suami Bonda)
                          :  masyarakat yang penyayang
                          :  masyarakat yang optimis / berpandangan jauh
                          :  masyarakat yang tegas / tinggi jati diri
                          :  masyarakat yang bijaksana / pintar
                          :  masyarakat yang agresif / degil / keras kepala
                          :  masyarakat yang berfikiran mentah / tidak matang                           :  masyarakat yang matang                           :  masyarakat yang pandai memujuk

Nilai murni:  keprihatinan, kesabaran / ketabahan, kecekalan / kegigihan / kerajinan, kasih sayang, berwawasan,

                       ketegasan, kebijaksanaan, kematangan

Persoalan:  keprihatinan terhadap pengorbanan ibu

               :  kesabaran / ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup
               :  kecekalan / kegigihan / kerajinan dalam pembelajaran
               :  kasih sayang sesama keluarga
               :  ketegasan dalam pendirian / tindakan
               :  kebijaksanaan dalam membuat keputusan
               :  kematangan dalam berfikir / menilai sesuatu tindakan

Pengajaran:  kita hendaklah 
prihatin terhadap pengorbanan ibu
                 :  kita hendaklah sabar / tabah dalam menghadapi cabaran hidup
                 :  kita hendaklah cekal / gigih / rajin dalam pembelajaran
                 :  kita hendaklah menyayangi sesama keluarga
                 :  kita hendaklah tegas dalam pendirian / tindakan
                 :  kita hendaklah bijaksana dalam membuat keputusan
                 :  kita hendaklah matang dalam berfikir / menilai sesuatu tindakan

kbkk:  jurang generasi / perbezaan pandangan hidup kerana perbezaan usia / pengalaman

        :  kaedah pendidikan untuk anak bermasalah disiplin / sahsiah / adab